Saudara-saudari pasti tak sabar menunggu hari lahir masing masing..Pasti ada yang menyambut besar-besaran.. Tapi ada juga yang tidak mahu menyambut hari lahir.. Mungkin alasan seperti, dalam bulan itu juga orang yang tersayang di panggil Tuhan..
Itu terjadi dengan peribadi saya.. Sampai saja hari lahir, sedih rasa hati.. Apa tak nya.. 2 hari selepas hari lahir saya yang ke 10.. Ibu saya di panggil Tuhan.. Hingga la suatu hari, seseorang telah membuka minda saya.. Dan saya ingin kongsikan bersama saudara dan sudari semua..
Pada hari kita di lahirkan, ibu kita lah yang bertarung nyawa antara hidup dan mati. Jadi hargailah ibu anda masa menyambut hari lahir anda.. Tidak salah masa itu kita memberi hadiah atau membuat suprise untuk mereka.. Tanda kita menhargai dan berterima kasih kepada mereka kerana melahirkan kita ke dunia ini.. Walaupun tidak seberapa , tapi pasti hati mereka tersentuh ..
Cemburu rasa hati melihat saudara-saudari yang masih mempunyai ibu..Tapi apa kan daya.. Tuhan lebih berkuasa.. Jadilah anak yang terbaik bagi mereka dan hargailah pengorbanan ibu mu..
Tuhan memberkati..
Saturday, November 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment